Seloka Hari Raya lyricsby Uji Rashid & Hail Amir
HA:
Indahnya sungguh di hari raya Ramainya orang bersuka ria ( 2 X ) Adikku manis cantik bergaya Bolehkah abang ikut bersama ( 2 X ) UR: Usahlah abang membuang waktu Mari menuju ke rumah bonda ( 2 X ) Sanak saudara sedang menunggu Di hari mulia bertemu mesra ( 2 X ) HA: Katamu itu abang mengerti Kusanjung budi puteri ibunda ( 2 X ) Pada yang tua kita hormati Barulah hidup saling bahagia ( 2 X ) UR: Miskin dan kaya sama sahaja Hulurkan tangan berjabat mesra ( 2 X ) HA: & UR: Saling bermaaf kita bersama Lupakan saja sengketa lama ( 2 X ) *Hepi Aidilfitri from Redhu* |